SALAM MAAL HUJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Moga tahun baru ni kita semua diberi peluang mengecap kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia dalam iman dan keberkatan...

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Wednesday, April 19, 2017

Bengkel Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar Dalam Komunikasi dan Pengurusan Pentadbiran di Pejabat


Bengkel Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar (Messenger) dalam komunikasi dan pengurusan pentadbiran di pejabat 

Tarikh : 25 April 2017 (Selasa)
Masa :  8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Peserta kursus : 30 orang
Penceramah : Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan)
Fasilitator  : En. Mohd Izwan Salim (Pustakawan Kanan)

Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-

Untuk memberi kefahaman mendalam dan kemahiran mengenai aspek-aspek penggunaan applikasi telefon pintar Messenger).
Untuk memberi pendedahan kepada penggunaan messenger dalam telefon pintar dengan komputer.
Untuk memudahkan kerja dalam komunikasi dan meningkatkan produktiviti pengurusan pentadbiran di pejabat.

http://library.uitm.edu.my/v4/index.php/en/component/jem/event/72-bengkel-penggunaan-aplikasi-telefon-pintar-messenger-dalam-komunikasi-dan-pengurusan-pentadbiran-di-pejabat

Wednesday, February 08, 2017

Sekitar Lawatan Sambil Belajar SMK Taman Johor Jaya 1



Pada hari ini kami di  Perpustakaan Tun Abdul Razak ,UiTM Shah Alam telah menerima lawatan akademik dan rujukan ilmiah dari Pusat Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru bagi menyempurnakan Kerja Kursus Penggal 2 STPM tahun 2017 

Rombongan tersebut  seramai 111 orang pelajar dan 12 orang guru  dan mereka datang dengan menaiki 3 buah bas  

Ha..ha kali ini  agak ramai juga ...dan rasanya ini kali pertama saya menerima pelawat seramai ini serentak sejak saya ditugaskan Bahagian Perhubungan Korporat bemula Januari tahun 2017 ini.

























Wednesday, December 21, 2016

EDU-CULT Mobility Programme Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Hari ini saya dikehedaki menyambut pelawat  dari Universitas negeri Yogyakarta, Indonesia yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama sebagai tugasa pertama Perhubungan Korporat PTAR

13 December - 20 December 2016
Fakulty Of Applied Sciences
UiTM Shah Alam

Monday, December 12, 2016

Expo Buku Malaysia 2016


Dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 

Tarikh: 14 – 18 Disember 2016
Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 

Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. Penyertaan PERCUMA sahaja.

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-

Pn. Maznah Awang
Tel : 012-652 4501
emel : maznahypbn@yahoo.com

Pn. Rushanim Rushdi
Tel : 019-311 8801
emel : rushanimypbn@yahoo.com

More details http://www.ypbn.my/2016/08/ekspo-buku-malaysia-2016.html
https://www.facebook.com/ekspobukumalaysia/
Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 



Sertai Seminar Kefahaman Hak Cipta dalam Penerbitan dan Pengajaran secara PERCUMA di Bilik Mawar, PWTC pada 17 Disember 2016 sempena Expo Buku Malaysia 2016
More details : https://www.facebook.com/uumpress/ 

Saturday, December 03, 2016

KL Sci-Fi Convention 2016



Anda semua dijemput hadir memeriahkan KL Sci-Fi Convention 2016 di Planetarium Negara mulai 10 hingga 11 Disember 2016, Sabtu & Ahad. Masuk adalah PERCUMA.
Temui Team Animas dengan kemunculan khas duo Faizal Mukhtar & Nik Nadzru Iskandar dalam Sesi Dialog Khas dalam acara KL Sci-Fi Convention pada:
HARI: 11 Disember, 2016 (Ahad)
MASA: 11 pagi hingga 12 tengah hari
TEMPAT: Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, 53, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
JUDUL DIALOG:
"DUNIA SINEMATIK SAINS FIKSYEN & FANTASI:
IMPAK CERITA DAN SENI VISUAL"




Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/