Saturday, May 13, 2017

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017


Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS).


Sebelum ini telah pernah mendapat anugerah emas tapi di Malaysia Technology Expo ( MTE) yang diadakan pada sekitar Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur sewaktu bersama Kumpulan inovatif Kreatif (KIK) e-Wave dengan produk Library Automated Self-Charging Machine. Tapi penyertaan ITEX ini adalah percubaan pertama.

Tidak sia-sia peluang yang diberikan oleh Research Innovation Business Unit (RIBU) semoga dengan kemenangan ini dapat juga menyumbangkan sesuatu kepada UiTM untuk MyRA Skor




Majilis penyampai  Anugerah pencapaian inovasi telah diadakan pada Malam Budaya Cipta,  12 Mei 2017 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)  dan anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.



Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2017 terus menjadi platform pereka tempatan mengetengahkan rekaan dan inovasi ke peringkat global.

ITEX ke-28 kali ini  menghimpunkan lebih 1,000 rekaan dan inovasi dari 24 negara di seluruh dunia.

Presiden dan Pengasas Persatuan Rekabentuk dan Rekacipta Malaysia (MINDS) Tan Sri Prof Emeritus Dr Augustine Soon Hock Ong berkata, ITEX 2017 menampilkan bukan saja pereka, malah pelabur, individu dan korporat.

“Tahun ini, ITEX memberi tumpuan terhadap pengkomersialan dan keusahawanan serta menerima sambutan memberangsangkan dari luar negara.

“Selain itu, ITEX 2017 turut menampilkan Startups Showcase untuk membantu syarikat permulaan menembusi pasaran,” katanya di majlis pembukaan ITEX 2017 di sini, semalam.



Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.


Augustine berkata, pameran ini mendapat penyertaan menggalakkan daripada peserta luar negara dan menjadi perkembangan positif bagi industri rekaan dan inovasi di negara ini.

Antara negara yang turut serta dalam ITEX 2017 ialah Bahrain, China, Mesir, England, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iran, Korea, Kuwait, Oman, Filipina, Poland, Qatar dan Romania, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Taiwan, Sri Lanka, Thailand, Turki, Emeriah Arab Bersatu dan Vietnam.



Menurutnya, di ITEX 2017, syarikat penyelidikan dan syarikat baru berpeluang mempelajari mengenai perniagaan terbaik menerusi pelbagai aktiviti.

“Sebagai contoh, Pitch4Fund menyatukan pelabur dan pencipta dalam menyediakan dana bagi menyokong penemuan terbaru. Startups Talks pula menjadi lubuk pengetahuan bagi syarikat baru bertapak,” katanya.

ITEX 2017 berlangsung selama tiga hari hingga 13 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sepanjang penganjuran acara 3-hari ITEX 2017, antara program disediakan ialah ‘Venture Capital to Entrepreneur Talk’, Sesi Pemadanan Perniagaan dan Pameran Seni dan Kreativiti.


Untuk maklumat lanjut mengenai ITEX, layari www.itex.com.my atau Laman FB ITEX: ITEXMalaysia.

More news 
Iranian inventors bag 13 medals in ITEX 2017
http://en.mehrnews.com/news/125346/Iranian-inventors-bag-13-medals-in-ITEX-2017

Qatari inventor wins gold at ITEX Malaysia 2017
http://www.thepeninsulaqatar.com/article/13/05/2017/Qatari-inventor-wins-gold-at-ITEX-Malaysia-2017

http://www.hmetro.com.my/bisnes/2017/05/228607/himpun-1000-inovasi

Foto sekitar ITEC2017






Salah satu pameran terbesar ciptaan di dunia – ITEX’17 (28th International Invention & Innovation Exhibition) 11-13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia, adalah sebuah platform bagi invention terbaik di rantau ini meliputi dari Asia dan Eropah. Lebih daripada 20 negara telah mengambil bahagian dalam pameran pada tahun ini.

Acara yang berlangsung selama tiga hari pada 11 hingga 13 Mei 2017 ini juga, merupakan pameran tahunan yang mempunyai 23 kategori ciptaan berkaitan dengan inovasi atau teknologi yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih baik di serata dunia. Salah satu ciri yang paling menonjol di ITEX’17 adalah Invention dan Pertandingan reka bentuk tempatan dan Anugerah antarabangsa telah diberikan kepada pereka cipta berjaya.

Lebih 1000 ciptaan oleh inventor atau pereka bentuk tempatan juga antarabangsa, saintis penyelidikan, institusi penyelidikan, pencipta individu, pencipta muda, pencipta cilik dan syarikat dipamerkan. Semua peserta telah melakukan yang terbaik bagi merebut perhatian pelabur dan pengkomersialkan hasil ciptaan mereka melalui padanan perniagaan.

Pada tahun ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar 36 produk invention & innovation untuk memasuki pameran dan pertandingan. Sebanyak 20 produk ditaja oleh pihak Institute of Research Management & Innovation (IRMI), 2 produk ditaja oleh pihak Accointing Research Institute (ARI), 4 produk dari pihak Infrastructure Engineering and Sustainability Management (IIESM) dan 9 produk dari Institute of Pathology, Laboratory & Forensic Medicine (I-PperForm) manakala penyertaan individu dari Fakulti Sains Gunaan (AS) 1 produk penyertaan.

Hasil dari penghakiman ITEX’17,secara keseluruhannya UiTM telah memenangi 1 Anugerah Khas, 17 Emas, dan 19 Perak. Produk yang telah mendapat Anugerah Khas adalah: International Trade Fair Ideas Inventions New Products (iNEA 2017 Award) kepada Dr. Muhammad Hussain Bin Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM), produk yang bertajuk “Porous NiTi Dental Implant by An Innovative Powder Metallurgy Route”.

Kontijen dari UiTM ini telah diuruskan oleh pihak Research Innovation Business Unit (RIBU).

Anugerah dan penghargaan yang berprestij ini telah disampaikan oleh Emeritus Professor Tan Sri Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hok, Presiden Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada produk invention dan innovation yang berjaya semasa jamuan makan Malam Budaya Cipta (Celebration of Creativity Banquet) bertempat di Tingkat 3, Grand Ballroom KLCC, Kuala Lumpur.

sumber
http://ribu.uitm.edu.my/v2/index.php/27-event/63-itex2017


Klik disini : Keputusan penuh ITEX 2017 http://ribu.uitm.edu.my/v2/images/document/Innovation/itex2017Result.pdf


0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/