Friday, December 08, 2017

OPEN SOURCE CONFERENCE : JoomlaDay Malaysia 2017


Komuniti Joomla! Malaysia   menganjukan lagi  program JoomlaDay Malaysia bagi tahun 2017. Untuk pengetahuan semua, Joomla merupakan sistem pengurusan maklumat yang memudahkan membina laman web dan aplikasi atas talian. Joomla merupakan sistem pengurusan maklumat yang popular di kalangan laman web kerajaan dan swasta.


Sejak menguruskan laman web lebih kurang dari tahun 2000 bermula dengan kod HTML , Netscape , MS Frontpage , Macromedia Dreamweaver kemudian  ke Content Management  System (CMS)  dengan   Mambo Open Source or MOS  kemudian 2005 ke  Joomla ( free and open-source content management system ) 

Ingatkah lagi dengan Joomla Day 2015 yang  diadakan pada 13 Ogos  di Tower 3 KLCC, Kuala Lumpur rasanya merupakan Jomla Day pertama yang diadakan di Malaysia ..jika tidak  pun yang pertama saya sertai sempena Ulang Tahun ke 10 Joomla. Jomla Day KL 2015 yang telah dirasmikan oleh Presiden OSM/Joomla pada masa itu  Sarah Watz. 



Kemudian dituruti dengan tahun seterusnya 2016  saya tak sempat nak hadir....pada tahun ini cuba hadir ke JoomlaDay Malaysia 2017 yang di adakan pada hari Sabtu, 9 Disember, 2017 di Universiti Teknologi  Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.


#JDKL2017 

Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/