SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR BATIN

Saya ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya, وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ dan semoga Allah menatijahkan kita dengan taqwa dan seterusnya kita dapat menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ketika nafas kita masih lagi diberi peluang untuk hidup...

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Thursday, April 14, 2016

Bengkel Pembinaan Pangkalan Data & Scholar Hub Siri 1


Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah diberi mandat untuk menjaga dan menyalurkan data-data Universiti serta memantau keputusan penarafan universiti oleh badan-badan penarafan. 

Badan-badan penarafan yang dimaksudkan adalah penarafan QS (QS World University Ranking, QS Asian University Ranking, QS World University Ranking By Subject, QS Star Rating), penarafan Times Higher Education (THE World University Ranking dan THE World University Ranking By Subject), penarafan SETARA dan D’SETARA.


Untuk pengetahuan pihak kita, buat masa ini data yang disalurkan kepada pihak badan penarafan terutamanya QS World University Ranking dan Times Higher University Ranking adalah kurang tepat kerana kekangan saluran data yang betul serta pemahaman definisi setiap keperluan yang kurang tepat. 

Sehubungan dengan ini, satu bengkel untuk mengenalpasti keperluan dan sumber data yang betul berdasarkan definasi sumber (PTJ) perlu diadakan. Maklumat yang diperoleh dari bengkel ini akan digunakan untuk pembinaan pangkalan data dan scholar hub universiti sebagai satu usaha untuk menaikkan penarafan UiTM ke kedudukan yang lebih baik. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

i.  Mendefinisikan setiap keperluan data badan-badan penarafan iaitu QS, THE, SETARA dan D’SETARA

ii. Menentukan PTJ dan sumber data yang betul

iii.Memetakan keperluan tersebut untuk membangunkan rangka sistem pangkalan data penarafan

iv. Menentukan metadata untuk sistem pangkalan data penarafan 

Saya telah dilantik sebagai salah seorang FASILITATOR bagi menyelaras perjalanan bengkel ini yang akan diadakan pada15 hingga 17 April 2016 bertempat di Pusat Latihan UiTM, Jalan Kg. Gajah, TanjungTualang, Perak. 


Tuesday, April 12, 2016

Academic Training : Scopus and Mendeley


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI), akan mengadakan training bersama publisher iaitu Elsevier pada tetapan berikut:
               
Academic Training : Scopus & Mendeley

Tarikh      : 14 April 2016 (Khamis)
Masa        : Sesi Pertama : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

                   Sesi Kedua    : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat    : Pusat IT, Perpustakaan Pengurusan Perniagaan Tun Abdul Razak,                       UiTM Shah Alam

Peserta    : 40 orang bagi setiap sesi.Peserta adalah dikalangan pelajar                               pascasiswazah dan penyelidik
Penceramah : Yu Lang (Elsevier)  

 USING SCOPUS AS RESEARCH AND PUBLISHING TOOLS 

1.To focus on all the tasks that Scopus can assist the researcher throughout research and publishing. 

2.To train the researchers in finding sources indexed in Scopus, finding sources in their area/ suitable for them to publish, compare the performance of the shortlisted sources (SJR SNIP) and find the impact of their work/ view their performance (citation alert, h-index

Note

SCOPUS
MENDELEY
https://app.box.com/s/0iejmt2gy2owmtnitwsqatn6vzs41w06


ORCID (Open Researcher and Contributor ID): Connecting Researchers and their Research

http://orcid.org/

http://guides.lib.wayne.edu/c.php?g=258080&p=1723195

Benefits of Using ORCID
http://guides.lib.wayne.edu/c.php?g=258080&p=1723202





Sunday, April 10, 2016

Library Liaison Officer Day


Minggu ini agak sibuk juga kerana Bahagian kami Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR akan menganjurkan Program Library Liaison Officer Day 2016 yang sudah tertangguh agak lama. Akhirnya program ini telah ditetapkan akan diadakan pada :

Tarikh:  11 April 2016 (Isnin)
Masa :  8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  Bilik Seminar PTAR


Antara objektif lain program ini diadakan adalah untuk :-

1. Memperkukuhkan komunikasi dan kolaborasi dua hala antara PTAR dengan LO Fakulti / Bahagian / Pusat
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara LO PTAR dengan LO Fakulti / Bahagian / Pusat bagi melancarkan sebarang program atau aktiviti bersama
3. Memperkenalkan LO PTAR yang baru dan LO Fakulti / Bahagian / Pusat 
4. Memberi penerangan mengenai perancangan aktiviti LO yang akan dijalankan bagi tempoh 2016/2017
5. Memberi penghargaan dan terima kasih kepada LO PTAR dan LO Fakulti / Bahagian / Pusat atas kerjasama baik yang diberikan
6. Perkongsian maklumat tentang Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan Menggunakan Sistem WILS, Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM ke Repositori Institusi Universiti dan Pengurusan Rekod Universiti

PERLAKSANAAN
Pegawai Perhubungan Perpustakaan diharap dapat memberi komitmen sewajarnya agar komunikasi dan kolaborasi dapat berjalan lancar dalam memastikan kecemerlangan universiti dalam melaksanakan beberapa aktiviti/ program:


1. Sebagai pengantara perpustakaan dengan Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Menghadiri mesyuarat /taklimat bersama fakulti
  • Menyalurkan aduan dan maklum balas berkaitan dengan Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Menyalurkan keperluan perpustakaan kepada Fakulti/Bahagian/Pusat samada akreditasi dan sebagainya
  • Memberi nasihat dan pandangan untuk penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan
2. Pembangunan koleksi/sumber pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan         melalui:
  • Mendapatkan cadangan pembelian buku/jurnal/pangkalan data/ebooks/VCD dan sebagainya dari Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Mengiringi wakil Fakulti/Bahagian/Pusat ke gedung pembekal buku/pesta buku
  • Pengedaran katalog penerbit bercetak atau elektronik
3. Mewar-warkan Program outreach Perpustakaan
  • Kelas Kemahiran Maklumat kepada Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Taklimat perpustakaan bersama Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Hari Bertemu Pelanggan bersama Fakulti/Bahagian/Pusat
  • Lain-lain aktiviti bersama perpustakaan dan Fakulti/Bahagian/Pusat]
 Berikut Senarai Pegawai Perhubungan Perpustakaan:
http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/contact-us/library-liaison-officer

TENTATIF PROGRAM LIBRARY LIAISON OFFICER DAY 2016 

Masa
Program
8.00 pagi – 9.00 pagi
Pendaftaran / Minum Pagi
9.00 pagi – 9.15 pagi
Ucapan aluan Ketua Pustakawan
9.15 pagi – 9.30 pagi
Tayangan Video PTAR
9.30 pagi – 10.00 pagi
Sesi Memperkenalkan Pegawai Perhubungan Perpustakaan PTAR dan Pegawai Perhubungan Perpustakaan Fakulti / Bahagian / Pusat
(Multimedia)
10.00 pagi – 1.00 tengahari

             


Sharing Session” 

     1.    Penerangan tugas dan tanggunggjawabPegawai Perhubungan Perpustakaan dan Perancangan Aktiviti 2016
            Oleh: Puan Asmah Maaroff

     2.    Pembelian Bahan Perpustakaan
            Oleh: Puan Baimah Bujang

     3.    Repositori Institusi Universiti: Dasar      Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM
Oleh: Encik Zulkifli Ismail

1.00 tengahari – 2.00 petang
Jamuan Tengahari/Rehat
2.00 petang – 5.00 petang
Lawatan 
Sesi Networking
5.00 petang
Minum Petang dan Bersurai

Foto sekitar persediaan






Wednesday, April 06, 2016

ANUGERAH EMAS BAGI KIK KEYLITE DI MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016


Alhamdulilah Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016 yang telah pun berlangsung pada 5 April 2016 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka dimana Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) KeyLite  telah berjaya menerima Anugerah Emas. 

Sebagai Fasilitator  kepada kumpulan saya rasa bersyukur namun banyak juga penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi persembahan jika mereka ingin terus maju ke Kovensyen seterusnya. Semoga ahli2 KeyLite terus bersemangat hendaknya walaupun ada yang dah hendak pencen ..   

Foto sekitar Mini Konvensyen


































Tuesday, April 05, 2016

KEPUTUSAN MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016

Alhamdulilah Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016 telah pun berlangsung pada 5 April 2016 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka dengan jayanya

Berikut adalah keputusan konvensyen yang mana 3 kumpulan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA telah menyertainya.

KeyLITE - EMAS
ONE PRO - EMAS
SHINE - EMAS 

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Team kerana mendapat anugerah EMAS.













Sunday, April 03, 2016

MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016




Saya dan beberapa ahli kumpulan akan bertolak esok ke Melaka  untuk  mencuba nasib di Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016 akan diadakan pada 5 April 2016 bertempat di Hotel Swiss Garden,   Sehubungan dengan itu kepada semua ahli kumpulan KIK yang terpilih iaitu KIK KEYLITE, ONE PRO dan SHINE diharap dapat memberi perhatian dan persembahan yang terbaik 

Aturcara Program seperti  berikut:






https://www.facebook.com/MPCWS/

Upcoming Team Excellence Convention 2016


TENTATIVE CALENDER TEAM EXCELLENCE 2016

PROGRAMME
DATE
REGION
VENUE
Mini Convention on Team Excellence (WU)
24-Mar-16
Wilayah Utara
Pulau Pinang
Mini Convention on Team Excellence (WT)
30-Mar-16
Wilayah Tengah
Selangor
Mini Convention on Team Excellence (WS)
05-Apr-16
Wilayah Selatan
Melaka
Mini Convention on Team Excellence (WSS)
13-Apr-16
Wilayah Sabah
Sabah
Mini Convention on Team Excellence (WPT)
20-Apr-16
Wilayah Pantai Timur
Pahang

Upcoming Mini Convention on Team Excellence



Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/