SALAM MAAL HUJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Moga tahun baru ni kita semua diberi peluang mengecap kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia dalam iman dan keberkatan...

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Tuesday, January 19, 2016

IKLAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2016/2017 BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN LEPASAN STPM/SETARAF


PERHATIAN ; IKLAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2016/2017 BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN LEPASAN STPM/SETARAF

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti kami di ;
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu






PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017




PENGUMUMAN :

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK DIBUKA MULAI 18 JANUARI SEHINGGA 31 MAC 2016 MULAI JAM 12.00 TENGAHARI.

LAYARI http://online.uitm.edu.my/

IKLAN : http://online.uitm.edu.my/doc/C33x26.1cm_IKLANSesi116_17%20(1).pdf




PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 BAGI :

1) PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 31 MAC 2016. LAYARI http://online.uitm.edu.my/


2) LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 5 APRIL 2016. LAYARI http://upu.mohe.gov.my 


sumber : http://online.uitm.edu.my/



Tuesday, January 12, 2016

Fenomena El–Nino


Cuaca yang luar biasa panas, menjadi tanda-tanya mereka dan bahan bualan samada negara dilanda fenomena El-Nino ataupun tidak? Ada juga teori yang mengatakan ia sekadar pemanasan yang lazimnya datang dari pembakaran terbuka, pembebasan gas ethanol dan sebagainya.

Apa Itu El-Nino?
El-Nino ialah bahasa dari Sepanyol yang mambawa maksud “anak lelaki”. Ini kerana El-Nino merupakan fasa berlawanan putaran iklim semulajadi dengan La Nina yang membawa maksud “anak perempuan”.
Setiap dua ke tujuh tahun aras laut yang panas akan bertukar menjadi aras laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru Amerika Selatan.
Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas merangkumi lautan Pasifik di bahagian tengah dan bahagian timur. Lantas, ia membawa kesan seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan.

Kawasan yang bakal dilanda fenomena El-Nino/Pic: NOAA
Kawasan yang bakal dilanda fenomena El-Nino/Pic: NOAA
 Berpandukan peta dunia diatas, jelas mengambarkan warna jingga kekuningan membawa suhu yang panas. Manakala di bahagian hemisfera utara menuju lautan artik serta bahagian hemisfera selatan menuju lautan antartika kearah suhu yang lebih sejuk.
Malaysia yang terletak di bahagian asia tenggara akan mengalami cuaca yang lebih kering dan panas dari kebiasaannya. Secara lazimnya, jangka hayat El-Nino berlaku dalam tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya, ia berlaku pada pertengahan tahun antara bulan Jun sehingga Ogos.
Hubung kait El-Nino keatas Atmosfera Bumi
Semasa El-Nino berlaku, suhu air laut yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya.
Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat, dengan demikian, ia merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan tersebut.
Proses ini akan menyebabkan udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya.
Diagram 1/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)
Diagram 1/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)
Diagram 1/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)Diagram 1/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)Melihat kepada gambar illustrasi di sebelah kiri, jelas menerangkan tekanan permukaan atmosfera rendah terletak di permukaan lautan yang lebih panas dan ditandakan dengan warna merah iaitu di bahagian khatulistiwa tengah pasifik.
Beralih pada diagaram 2 di bawah, di mana corak tekanan permukaan atmosfera yang berselang-seli di kawasan lautan Pasifik yang mana keadaan lautan bertukar dari El-Nino kepada keadaan normal dan sebaliknya. Ia dikenali sebagai Ayunan Selatan (SO). Gandingan hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai El-Nino Ayunan Selatan (ENSO).
Sukatan Dalam Memantau Fenomena El-Nino Dan Reaksi Terhadap Atmosfera
Bagi memantau tahap sesuatu kawasan itu dilanda fenomena El-Nino ataupun tidak, pakar-pakar meteorologi menggunakan parameter asas seperti ‘Southern Oscillation Index (SOI)’ dan ‘Oceanic Nino Index (ONI)’.
Paramater-parameter ini mampu mencerap bacaan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa lautan pasifik serta suhu di bawah permukaan lautan sehingga mampu mencapai tahap kedalamanDiagram 2/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)Diagram 2/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) sehingga 150 meter.
Teknologi ini juga ternyata mampu mambaca kiraan keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.
SOI digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena El-Nino. Bacaannya dikira dari perbezaan keadaan turun naik tekanan udara bulanan di antara Pasifik Timur dan Pasifik Barat.
Bacaan SOI yang negatif akan membawa kepada El-Nino, manakala bacaan yang positif membawa kepada fenomena La-Nina di mana kawasan yang mengalami fenomena ini akan mengalami taburan hujan yang banyak.
Diagram 2/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)
Diagram 2/Pic: National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA)
Adakah El-Nino sudah menghampiri Malaysia?
Pada ketika ini, tiada sebarang pengumuman mengenai fenomena ini dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Menurut kenyataan daripada Pengarah Bahagian Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi Malaysia, Maznorizan Mohamad berkata, negara ini belum diisyitiharkan mengalami fenomena El-Nino secara rasminya.
‘’Pada ketika ini Malaysia belum lagi mengalami fenomena El-Nino, namun kebarangkalian bagi Malaysia mengalami fenomena ini adalah dalam 65 hingga 70 peratus’’
Pengarah Bahagian Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi Malaysia, Maznorizan Mohamad/Pic: Faisol MustafaPengarah Bahagian Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi Malaysia, Maznorizan Mohamad/Pic: Faisol Mustafa‘’Kita perlu tunggu dalam sebulan lagi, jika pemanasan dan sukatan berkenaan meningkat, maka pihak kami akan mengumumkan secara rasmi bahawa Malaysia mengalami fenomena El-Nino’’, katanya.
Kerajaan melalui MOSTI di bawah Jabatan MetMalaysia sentiasa memandang berat mengenai fenomena ini, ia bagi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.
‘’Kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM1.2 juta ringgit setahun bagi pengurusan dan bantuan berkaitan fenomena ini’’
‘’Pengurusan dan bantuan seperti menjalankan operasi pembenihan awan di beberapa negeri yang kami kesan mengalami kawasan kering yang nyata’’, tambah beliau.
Setakat akhir bulan Mei tahun ini, MetMalaysia telah menjalankan sebanyak 37 operasi pembenihan awan antaranya di kawasan-kawasan empangan. Ini bertujuan agar bekalan air di kawasan ini sentiasa mencukupi bagi keperluan orang ramai.
Menurut Maznorizan, orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan sebarang aktiviti luar buat ketika ini kerana dikhuatiri cuaca yang tidak mengizinkan.
‘’Cuaca panas yang berpanjangan akan menyebabkan kebakaran hutan terbuka dan sekaligus mengundang bancana jerebu yang memberi impak negatif kepada sistem pernafasan’’ katanya.
Maznorizan juga menggesa orang ramai menjimatkan bekalan air serta menyimpan bekalan air untuk masa-masa genting yang dikhuatiri fenomena el-nino bakal melanda negara ini dalam waktu terdekat.
Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada tahun 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah celcius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.
Berikutan dari kejadian tersebut, fenomena ini dikategorikan pada tahap yang kuat.
Ia telah membawa sebahagian kawasan negara menjadi kering dan panas serta bahana jerebu merentasi sempadan yang serius.
Sementara itu ketika dihubungi oleh Malaysian Digest baru-baru ini, MetMalaysia mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El-Nino yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kali terakhir fenomena ini terjadi adalah pada tahun 2009 dan 2010 dengan kategori sederhana, di mana ia tidak memberi impak cuaca yang signifikan kepada negara.-

Maklumat tambahan

b) Isohyet hujan harian
c) Perbandingan hujan tahun semasa dengan normal
i) Semenanjung   
d) Jadual Bilangan Hari Hujan
e) Suhu Maksima Harian (C)

Wednesday, January 06, 2016

CES 2016 Consumer Electronics Show


Salam sejahtera, selamat tahun baru 2016, sempena tahun baru ni banyak perkara baru dan inovasi baru yang lebih kreatif serta inovatif untuk kita pengguna disajikan di Consumer Electronics Show tahun ini CES2016 antara Trends  terkini  ialah tentang Cars, Wearables, Laptops dan Accessories for Everything
Walking the Floor at CES
https://www.facebook.com/PopSci/videos/10153839602841411/

Mercedes-Benz's Intelligent Aerodynamic Automobile concept
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153820792839705/

Faraday Future FFZero1 concept car
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153815466659705/

Get a hands-on look at Faraday Future's new 1,000-horsepower concept car.
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153818384229705/

#Chevrolet 200-mile Bolt EV
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153817545634705/

Are you ready to fly inside a drone? #drone
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153819117759705/

EcoReco M5 Air is a sweet electric scooter #CES2016
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153817651999705/

segway Mini Pro demo and interview
https://www.facebook.com/thenextweb/videos/10153820225258523/


the new Huawei Watch "made for women" with Nicola Fumo
https://www.facebook.com/verge/videos/1018017898234553/

Sphero BB-8 lets you REALLY tap into the Force
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153815137534705/

#Tipron New robot with built-in projector turns any room into a movie theater
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153816859119705/

Meet Garmin's new Google Glass-like tech headset for cyclists:
https://www.facebook.com/thenextweb/videos/10153815572898523/

LG's rollable OLED display
https://www.facebook.com/mashable/videos/10153818868744705/

source

The Verge
https://www.facebook.com/verge/videos

The Next Web
https://www.facebook.com/thenextweb/videos

Mashable
https://www.facebook.com/mashable/videos

Popular Science
https://www.facebook.com/PopSci/videos






Watch live from CES 2016

https://www.cesweb.org/News/Videos.aspx

https://www.youtube.com/watch?v=lIxv1GU3jYg

https://live.theverge.com/live-gm-ces-2016/


http://www.cnet.com/ces/videos/

https://www.yahoo.com/tech/tagged/video






More Coverage
https://www.cesweb.org/

http://www.cnet.com/ces/

http://www.theverge.com/ces

http://techcrunch.com/tag/ces2016/

https://www.yahoo.com/tech/tagged/CES-2016











Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/