Tuesday, October 11, 2016

Bengkel Amalan Terbaik Pengurusan Aplikasi Media Sosial


Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) akan menganjurkan bersama Program Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi (Pustakawan-BITE).
Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

Perkara: Program Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi(Pustakawan-BITE)

Tarikh: 25 Oktober 2016 (Selasa)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan konsep perkhidmatan perpustakaan yang relevan pada masa kini melalui platform disediakan untuk mendapatkan idea dalam memantapkan perkhidmatan perpustakaan dengan mengadaptasi teknologi semasa dalam memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan media sosial di perpustakaan.


Yuran program ini adalah RM100.00 seorang (Ahli PPM) dan RM200.00 seorang (Bukan Ahli PPM).

Tarikh akhir bagi mendaftar program ini adalah pada 18 Oktober 2016 (Selasa).

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.


Untuk maklumat lanjut boleh lihat seperti dilampiran.

URL: http://www.ppm55.org/pustakawanbite

LAMPIRAN:
1. Brosur Program Pustakawan BITE

2. Aturcara Program


0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/