iCompEx bermula pada 2013 dengan bilangan penyertaan yang tidak ramai pada awalnya.
Walau bagaimanapun Penganjuran iCompEx 2014 telah berjaya mengumpul dan mengetengahkan 635 projek daripada pelbagai institusi untuk merekacipta pelbagai idea dan kreativiti melalui projek-projek pelajar yang dipertandingkan dalam iCompEx’14.
Penganjuran iCompEx’15 pula telah berjaya mengumpul sebanyak 935 projek dan 4040 penyertaan daripada pelbagai institusi yang telah dipertandingkan dalam iCompEx’15 dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records dalam kategori penglibatan paling ramai dalam pertandingan inovasi dan penciptaan.
Penganjuran iCompEx memberi kesan yang sangat positif kepada pensyarah dan pengajar khususnya institusi politeknik, kolej komuniti, institut pengajian tinggi awam, kolej swasta, institut kemahiran atau latihan, sekolah, maktab dan pusat giat Mara dalam memastikan pelajar yang diselia bersedia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang kreatif bagi menghasilkan projek bermutu untuk dipertandingkan.
Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan yang dianjurkan ini adalah menjadi platform terbaik kepada pencipta muda untuk mengetengahkan idea dan ciptaan mereka bagi dimanfaatkan oleh semua pihak.

iCompEx’16 juga membuka peluang yang sama kepada pensyarah dan semua warga Polimas mengetengahkan hasil ciptaan masing-masing demi memartabatkan negara sebagai hab inovasi serantau.
iCompEx akan terus menjadi satu jenama keluaran Polimas yang sinonim dengan penghasilan produk inovasi dan ciptaan baharu yang akan menjadi produk yang dapat dikomersialkan di pasaran tempatan.
Sempena iCompEx’16 pelbagai aktiviti gerai jualan dan pameran diadakan selain diserikan dengan dengan Forum Bicara Hijrah bersama Ustaz Yusri dan Ijam Medicine.
Majlis itu turut diadakan seminar bersama pemenang Anugerah Inovasi Negara-2015 Akar Umbi, Datuk Mohd. Asri Dollah dan aktiviti ceramah bersama Imam Muda Asyraf.
iCompEx ’16 amat bertuah kerana menerima kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menyampaikan ceramah tentang dunia angkasawan.