Sunday, February 22, 2015

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia runding Telco 
turun caj perkhidmatan




Bila la agaknya caj perkhidmatan  syarikat telekomunikasi ni pulak nak turun....? semak le semula kadar servis tu 
Apa2 pun kita harap perkara ni jadi kenyataan suatu hari nanti..

ni kita rujuk berita dari Bernama 21 Feb 2015

Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun pada masa sekarang berikutan penurunan harga minyak dunia.

“Kita mahu melihat Malaysia menjadi sebagai sebuah negara penanda aras bagi negara Asean dari segi struktur harga dan perkhidmatan berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu hari ini.

Menurutnya jalur lebar merupakan pemangkin bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang kompetitif berbanding negara lain di dalam semua bidang.

“Oleh sebab itu kita meminta supaya satu langkah yang lebih berkesan diambil untuk memastikan perkhidmatan ini dapat dirasai oleh semua rakyat dan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar untuk melabur di negara ini,” katanya.

Ahmad Shabery juga berkata Telco di negara ini juga perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik dari segi penembusan jalur lebar yang mana pada masa sekarang pengguna mendakwa tidak mendapat perkhidmatan yang terbaik dari segi kualiti berbanding bayaran yang dikenakan terhadap mereka.

Justeru, katanya beliau akan meminta SKMM supaya membuat senarai perbandingan Telco di negara ini dari segi perkhidmatan yang diberikan oleh setiap pembekal perkhidmatan supaya pengguna dapat menilai dan memilih perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi di negara ini. – BERNAMA

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/