Wednesday, July 09, 2014

VIDEO : FIFA World Cup 2014 - Brazil Vs Germany 1-7



PIALA DUNIA FIFA 2014   
Jerman 7 - 1 Brazil
Berita kekalahan Brazil ditangan Jerman 1-7 pada saingan separuh akhir Piala Dunia 2014 mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia .

Bintang penyerang Jerman, Miroslav Klose memecah rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan meledak gol ke-16, mengatasi rekod milik legenda Brazil, Ronaldo.

Jaringan pemain Jerman , Miroslav Klose minit ke-23 membolehkan beliau disenarai penjaring terbanyak selepas mengumpul 16 gol sepanjang penyertaannya dalam kempen Piala Dunia, meranapkan rekod dipegang bekas bintang Brazil, Ronaldo sejak beberapa tahun lalu.

Lebih menarik lagi gol tersebut dicipta ketika pasukan negaranya Jerman menentang Brazil, negara yang diwakili Ronaldo (pemegang rekod sebelum ini).Ini merupakan kemaraan kali ke lapan buat Jerman di pentas akhir.

Bagi pasukan Brazil, ini merupakan kekalahan pertama negara Samba itu di bumi sendiri dalam mana-mana pertandingan konpetitif sejak 1975.

Kali terakhir Brazil tewas di tempat sendiri ialah pada kejohanan Copa Amerika 1975 apabila tunduk 1-3 kepada Chile.Sejak itu mereka tidak pernah kalah dalam 62 perlawanan sehingga dimalukan Jerman dalam perlawanan pagi tadi.Brazil pastinya meratapi ketiadaan 2 ayam tambatan mereka, Neymar dan Thiago Silva apabila Jerman dengan mudah meratah mereka 7-1 pada aksi pertama separuh akhir Piala Dunia 2014. Ia bukan sahaja kekalahan yang tidak dijangka malah ia merupakan kekalahan pertama Brazil di bumi sendiri sejak 1975 apabila tunduk 1-3 kepada Chile pada saingan Copa America. 

Banyak rekod yang dicipta pada perlawanan pagi tadi antaranya Miroslav Klose kini merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 16 gol sambil Thomas Mueller menjadi pemain ke 3 meledak 5 gol dlm satu edisi pertandingan. Seluruh Brazil kini pastinya berkabung manakala pesta sudah bermula di Berlin. Jerman kini menanti pemenang antara Belanda dan Argentina di Rio, Ahad ini

Video  FIFA World Cup 2014 - Brazil Vs Germany 1-7   https://www.youtube.com/watch?v=A9injYmqFvk
.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/