SALAM MAAL HUJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Moga tahun baru ni kita semua diberi peluang mengecap kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia dalam iman dan keberkatan...

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Monday, October 21, 2013

Notis Peringatan Keselamatan ICT Bil. 5/2013: Ancaman Serangan Siber Ke atas Server Kerajaan



Kepada para pentadbir rangkaian dan server , mohon rujuk kepada emel daripada pihak GCERT MAMPU seperti di bawah. Sila ambil tindakan seperti yang dicadangkan.


_______________________________________________________________________________
Salam Kegemilangan dan Salam 1Malaysia 
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan, GCERT MAMPU telah menerima maklumat ancaman serangan siber sejak 12 Oktober 2013 dan serangan seterusnya dijangka pada 20 Oktober 2013. Sehubungan itu, pihak agensi hendaklah mengambil tindakan pengukuhan seperti berikut:

a) Memastikan tiada akaun-akaun asing (berstatus Admin/Super Admin) yang wujud di dalam pangkalan data. 
b) Menukar dan memastikan penggunakan kata laluan yang kukuh terutama bagi pengguna dalam kategori super administrator/administrator/root.
c) Memastikan perisian antivirus dikemaskini dengan signature terkini dan menetapkan imbasan secara berkala pada server. (Malware Scanner bagi Linux : http://www.rfxn.com/projects/linux-malware-detect/ ).
d) Mengimbas, menyemak dan menghapuskan fail-fail yang mencurigakan didalam folder web server secara berkala dengan NeoPI (https://github.com/Neohapsis/NeoPI ).
e) Pengukuhan XAMPP : http://robsnotebook.com/xampp-security-hardening , http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html 
f) Pengukuhan server Apache : http://www.symantec.com/connect/articles/securing-php-step-step
g) Memasang ModSecurity (Application Firewall) : http://www.modsecurity.org/ 
h) Memasang GreenSQL (Database Firewall) : http://www.greensql.net/ 
i) Mengaktifkan fail log server (rujuk Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 23 Mac 2009  : http://www.mampu.gov.my/web/guest/suratarahanketuapengarahmampu )
j) Menaiktaraf aplikasi PHP dan CMS seperti Joomla, Drupal dan sebagainya ke versi terkini.
k) Memastikan 'third party component' CMS dikemaskini kepada versi terkini.
l) Memastikan IDS/IPS dan firewall dikonfigurasi dengan betul dan berfungsi dengan baik.
m) Menutup port-port yang tidak diperlukan/digunakan pada server.
n) Melakukan pemantauan pada aktiviti di dalam rangkaian dan server.
o) Mengemaskini dan memastikan sistem pengoperasian dilengkapi dengan security patches yang terkini.
p) Rujuk laman web http://www.ictsecurity.gov.my dan http://gcert.mampu.gov.my untuk mengetahui sebarang vulnerability yang ada.

3. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Government Computer Emergency Response Team (GCERT)
Bahagian Pematuhan ICT
b/p Ketua Pengarah MAMPU
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok B1, Parcel B
62502 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-88725132 | No. Faks: 03-88885531

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Haji @ Raya Korban 1434H/2013

Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar.. Sekali lagi kita diberi peluang menghayati erti pengorbanan dgn cara agama, Allah mengajar kita pengorbanan yg sewajar kita lakukan melalui apa yg telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, Apabila kita beragama kita perlu berkorban bukanlah kita dikalangan hamba yg terkorban.. Salam 'Aidul Adha kepada semua teman2, moga ibadah kita dinilai ibadah mereka yg bertaqwa kepadaNya..  Aaminn

Bersama ini disertakan gambar sekitar musim haji dari 
https://www.facebook.com/haramain.info








  


































Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/