Sunday, August 11, 2013

Peluang belajar di UiTM kepada PELAJAR ASASI/MATRIK/STPM yg belum mendapat tempat di IPTA 2013

Selamat sejahtera semua , hari terbaca disuratkhabar dan dilaman Facebook Naib Canselor UiTM https://www.facebook.com/DatoSahol beri peluang  belajar di UiTM kepada PELAJAR ASASI/MATRIK/STPM yg belum mendapat tempat pada kemasukakn Universiti 2013 ini.




Menurut beliau, pelajar Asasi/Matrix/STPM yg tak dpt tawaran IJAZAH boleh buat rayuan utk kemasukan ke DIPLOMA. Pelajar2 ni mempunyai SPM yg baik . Pengeculian akan diberi supaya tempoh diploma dpt dipendekan. Selepas itu dgn CGPA tinggi mengikut merit boleh mohon Ijazah.

"PELAJAR2 Asasi/Matrix/STPM YG BELUM MENDAPAT TEMPAT
Pelajar matrx/asasi yg tak diterima mana2 ipta boleh diterima utk kemasukan ke diploma di kampus2 UiTM dgn pengeculian. Hantar rayuan terus ke pejabat Naib Canselor. Ini adalah tawaran khas dan setiap permohanan bertulis akan diberi pertimbangan. Kepilkan salinan cgpa dan spm/stpm. PELAJAR2 STPM PERLU ADA 5 kredit dlm SPM."  

Hantar rayuan terus ke pejabat VC.
Naib Canselor,
Canseleri
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam, 40450,
Selangor

Naib Canselor UiTM membuka peluang luas utk pelajar lepasan SPM./STPM/martix/asasi. 

Dengan 5 keadah.
1. Mengikut Merit. SETIAP PELAJAR DIBERI SUBSIDI YURAN PENGAJIAN 95%. Keputusan cemerlang diberi keutamaan. Merit berbeza mengikut program. Pengambilan bulan September dan Mac utk Ijazah dan jun dan Dec utk diploma.
Tempat terhad hanya dgn Merit tinggi diterima. Persaigan sangat tinggi.

2. Kolej2 bersekutu utk lepasan SPM. Minimum 5 credit termasuk BI dan Math (tempat terbuka, tidak terhad) tidak ada persaigan.

3. Pengajian Jarak Jauh atau Pengajian Luar Kampus ( tempat terbuka, tidak terhad) syarat satu tahun PENGALAMAN KERJA DIKECUALIKAN. 

4. Utk miskin tegar Program Mengubah Destini Anak Bangsa. ( tempat terhad)

5. Pelajar matrx/asasi yg tak diterima mana2 ipta boleh diterima utk kemasukan ke diploma di kampus2 UiTM dgn pengeculian (pengumuman dibuat pagi tadi) Hantar rayuan terus ke pejabat VC.

SEMUA YG INGIN BELAJAR BERPELUANG UTK DAPAT TEMPAT DI UiTM.

Berikut adalah penjelasan berkenaan Kolej Bersekutu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mejalankan program usahasama dengan kolej-kolej bersekutu sejak tahun 1996. Pelajar-pelajar yang tidak ditawarkan tempat belajar di UiTM boleh meneruskan pengajian dikolej-kolej bersekutu. Yuran, dan kualiti pendidikan program di kolej-kolej bersekutu adalah sama seperti di UiTM. Apabila tamat pengajian, graduan akan menerima skrol Diploma mereka di hari konvokesyen di UiTM. Majoriti graduan dari kolej-kolej bersekutu UiTM telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana. Mereka juga turut melakar kejayaan didalam kerjaya masing-masing.
Berikut adalah senarai Kolej Bersekutu yang sedang menjalankan Program Usahasama UiTM:

1. Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur
2. Kolej Poly -Tech MARA Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
3. Kolej Poly-Tech MARA Bangi, Selangor
4. Kolej Teknologi Timur, Sepang Selangor
5. Kolej UNIKOP, Kuala Lumpur
6. Kolej Antarabangsa Geomatika, Kuala Lumpur
7. Institut Sains &Teknologi Darul Takzim (INSTEDT), Johor
8. Institut Teknologi Perak, Ipoh Perak
9. Kolej IKIP, Kuantan Pahang
10. Kolej Islam Johor, Johor Bharu Johor
11. Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kelantan
12. Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, Pahang
13. Kolej Poly-Tech MARA Alor Star, Kedah
14.Kolej SATT, Sarawak
15.. Kolej Universiti Shahputra, Kuantan Pahang
16. Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu
17. Kolej Teknologi Unifield, Melaka
18. Kolej UNITI, Port Dickson Negeri Sembilan
19.Melaka International College of Science & Technology (MiCoST), Melaka
20.. Kolej RISDA, Alor Gajah Melaka
21.Kolej Teknologi Pulau, Pulau Pinang
22. Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Perlis

Program yang ditawarkan di Kolej-kolej Bersekutu pula adalah 24 program Diploma dan 2 program Pra Diploma seperti berikut:

KOD PROGRAM
PROGRAM
1.AC110 Diploma Perakaunan
2.AC120 Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
3. AD111 Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Grafik & Media Digital)
4.AD114Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
5. AD116 Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Fesyen)
6.AD118 Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Seni Halus)
7AS120 Diploma Sains
8 AT110 Diploma Pengurusan Ladang
9 BM111 Diploma Pengajian Perniagaan
10 BM112 Diploma Pengurusan Bank
11.BM114 Diploma Analisis Pelaburan
12 BM115 Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
13 BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
14 CS110 Diploma Sains Komputer
15 CS113 Diploma Sains Kuantitatif
16 EC110 Diploma Kejuruteraan Awam
17 EE 111 Diploma Kejuruteraan Elektrik
18 HM110 Diploma Pengurusan Hotel
19 HM111 Diploma Pengurusan Pelancongan
20 HS110 Diploma Kejururawatan
21 MC110 Diploma Komunikasi Dan Media
22 OM114Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
23 PH110 Diploma Farmasi
24 SR113 Diploma Pengajian Sukan
25 PD003 Pra-Diploma Perdagangan
26 PD008 Pra-Diploma (Sains)


Senarai kolej-kolej bersekutu dan program yang dijalankan mengikut kolej, alamat kolej, serta syarat kemasukan boleh dilayari di sesawang

http://ined.uitm.edu.my/senarai-program/diploma-sepenuh-masa.html

Program ePJJ dan PLK
UITM (InED ) menguruskan empat (4) program pembelajaran secara serentak iaitu Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), Pendidikan Usahasama, Pendidikan Berterusan dan Pengajian Luar Kampus (PLK). Program e-PJJ telah dijalanan sejak tahun 1998. Program ini bertujuan menawarkan pendidikan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kerjaya bumiputera. Mereka juga membantu meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada pembangunan negara. Program ePJJ dijalankan di kampus induk Shah Alam dan juga di kampus negeri dan kampus cawangan. Program-program yang dijalankan adalah:
. 1 pogram Pra-Diploma Perdagangan
. 10 program diploma
. 25 program ijazah.
Senarai Program Pengajian Diploma Yang Ditawarkan:

AC110 Diploma Perakaunan
AM110 Diploma Pentadbiran Awam
BM111
Diploma Pengajian Perniagaan
BM112Diploma Pengurusan Bank
BM115Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
BM117Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
BM118/OM114Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
IM110Diploma Pengurusan Maklumat
HM111Diploma Pengurusan Pelancongan
SR113Diploma Pengajian Sukan
PD003Pra Diploma Perniagaan

Senarai Program Pengajian Ijazah Yang Ditawarkan:
AM228
BM220Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
BM222Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
BM223Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Ma
BM224Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi
BM226Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa
BM232Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
CT223Sarjana Muda Teknologi Kreatif
ED220 Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa 2
HM220Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pegurusan Hotel
HM221Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan
HM222Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan
HM225Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari
HS220Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
HS222Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)
HS223Sarjana Muda Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian)
HS224Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)
HS225Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian)
IM224Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat (Kepujian)
IM225Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian)
IM226Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian)
MC222Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa(Perhubungan Awam)
SR221Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian)
AC220Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
LW213Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)

Maklumat terperinci senarai program-program, struktur program yang dijalankan, syarat kelayakan boleh dilayari di sesawang http://ined.uitm.edu.my/

Pengendalian Program ePJJ dan PLK

Pelajar perlu mengikut seminar sebanyak 5 kali setiap semester. Seminar yang dijalankan untuk setiap kursus adalah 2 jam setiap sesi. Seminar dijalankan pada hari Ahad bagi negeri-negeri yang cuti umumnya adalah pada hari Sabtu dan Ahad, manakala seminar pada hari Sabtu bagi negeri-negeri yang hari cuti umumnya pada hari Jumat dan Sabtu. Kebiasaannya pelajar mendaftar sebanyak 12 jam kredit setiap semester. Manakala program PLK dijalankan sebanyak 7 seminar dalam satu semester.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/