Monday, July 01, 2013

FROM GAZA WITH LOVE : BUAL BICARA SANTAI & GALERI STAND UP FOR GAZA


Program kerjasama dengan Bahagian Akademia Masyarakat ICAN/UiTM Stand Up for Gaza II bersama pelajar sekolah anak yatim As-Solah, Deir Al-Balah, Gaza, Palestin ini akan di adakan pada malam 4 Julai 2013 (Khamis), jam 8 malam -10.30 malam bertempat di 
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Zainal Abidin UiTM. 

Objektif utama program bagi mengutip sumbangan orang ramai untuk membantu projek sekolah mereka iaitu:

(1) Membina Makmal Sains dan Komputer : USD 15,000
(2) Menaiktaraf Perpustakaan : USD 25,000
(3) Projek riadah : Membina Gimnasium : USD 5,000

Penampilan Khas wakil anak yatim dari Sekolah Anak Yatim As-Solah, Deir Al-Balah, Gaza. 
(1) AHMED HAMAD : 17 tahun
(2) MUSBAH AL-MADHOON : 17 tahun
(3) AHMED S. DARWISH : 17 tahun
(4) ENCIK ISMAIL AL-SARRAJ : Pengetua


PROGRAM PENGUMPULAN DANA SEKOLAH ANAK YATIM AS-SOLAH, GAZA

Sekolah anak Yatim As-Solah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh 'Palestinian Orphans Home Association' atau nama ringkasnya POHA iaitu sebuah NGO di Gaza, Palestin. 
Sebuah lagi sekolah anak yatim di bawah kelolaan POHA iaitu Sekolah Anak Yatim Saidina Khadijah yang dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja. Kedua-dua sekolah ini ditubuhkan khas untuk pelajar perempuan sahaja. 
Kedua-dua sekolah ini ditubuhkan khas untuk membantu anak-anak yatim Gaza dan golongan yang memerlukan.
Pengoperasian sekolah-sekolah ini dibiayai sepenuhya oleh NGO-NGO dari negara- negara asing termasuk Malaysia. 
Untuk makluman POHA telah menjalinkan satu kerjasama dengan Al-I'tisam Relief Program atau ARP dan merupakan rakan kerjasama di Gaza, Palestin.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN :

MAYBANK : 562478141589
BANK ISLAM : 12038010114731
CIMB : 12310000632103 

NAMA AKAUN: PERTUBUHAN PROGRAM CERIA AL-I'TISAM
BORANG SUMBANGAN/ SUMBANGAN ONLINE:
http://arp.org.my/v1/index.php/donate


Selain bual bicara dan pameran gambar Gaza, jualan amal cenderahati turut disediakan. 
Dapatkan barangan cenderahati Palestin di booth jualan sebagai tanda sokongan anda membantu saudara-saudara kita di sana.

http://www.arp.org.my
http://arp.org.my/v1/index.php/our-work/stand-up-for-gaza/96-stand-up-for-gaza-current/159-program-sufg-bersama-pelajar-sekolah-anak-yatim-as-solah-gaza

Jom ramai-ramai memeriahkan program FROM GAZA WITH LOVE: BUAL BICARA SANTAI & GALERI STAND UP FOR GAZA

ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/