Friday, March 02, 2012

MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 24 JAM / JAM 12.00 TENGAH MALAM

MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 24 JAM / JAM 12.00 TENGAH MALAM
Adalah dimaklumkan, dalam usaha merealisasikan transformasi PTAR dan sejajar dengan saranan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor bagi kecemerlangan Universiti, salah satu penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan adalah dengan memanjangkan tempoh waktu perkhidmatan perpustakaan sehingga 24 jam / jam 12.00 tengah malam.

Perkhidmatan ini akan bermula pada 5 Mac 2012 sepanjang semester. Keputusan lokasi perkhidmatan tersebut adalah berdasarkan daripada statistik kedatangan pelajar yang diambil pada semester lepas. Berikut adalah perpustakaan yang terlibat dengan perubahan waktu pembukaan perkhidmatan:
i. Perkhidmatan 24 jam:
PTAR 1 dan Perpustakaan Kejuruteraan (PTAR 3)
Isnin - Jumaat : 24 jam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang

ii. Perkhidmatan sehingga jam 12.00 tengah malam:
Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2); Perpustakaan Undang-Undang (PTAR 2); Perpustakaan Sains & Teknologi (PTAR 4): Perpustakaan Alam Bina (PTAR FSPU)
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengah malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang



http://library.uitm.edu.my


Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/