SALAM MAAL HUJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Moga tahun baru ni kita semua diberi peluang mengecap kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia dalam iman dan keberkatan...

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Wednesday, June 29, 2011

Perlawanan Persahabatan Ping Pong Antara PTAR 1 dengan PTAR 2

Pingpong

Perlawanan Persahabatan tersebut seperti di bawah :

TARIKH : 30 JUN 2011 ( KHAMIS)

MASA    : 2:00 PTG - 4:30 PTG

TEMPAT : GYM HEP

Format Perlawanan adalah :- 2 Perseorangan dan 3 Bergu

" MAJULAH SUKAN UNTUK PTAR "

Friday, June 24, 2011

Joomla Day Malaysia 2011 – KLCC

Joomla-day-2011

Joomla! Day Malaysia  diadakan pada 25 Jun ini,  di Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Joomla! Day Malaysia ini  diadakan sepanjang hari, bermula daripada 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Seperti sedia maklum, ianya merupakan acara yang diadakan daripada komuniti kepada komuniti, namun memakan sedikit kos, termasuk untuk makanan, baju khas Joomla! Day, bayaran untuk para penyampai, dan beberapa perkara lain lagi.

Joomla! Day Malaysia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh komuniti Joomla Malaysia, dimana tahun ini dianjurkan oleh Slashes and Dots Sdn. Bhd bersama dengan komuniti pengguna Joomla! Malaysia.

Tujuan utama acara ini adalah untuk menyediakan platform untuk pembina web, syarikat dan komuniti Joomla! untuk belajar lebih mendalam tentang Joomla!. Selain daripada itu, acara ini menjadi medan pertemuan para pengguna dan pakar Joomla! untuk meluaskan rangkaian selain bertukar-tukar pendapat.

Tahun ini, Presiden Open Source Matters, Ryan Ozimek akan menjadi panel utama dan bersedia membincangkan masa depan Joomla! Maklumat lanjut di laman web rasmi Joomla! Day Malaysia 2011.

Dan, Adam adalah salah seorang yang layak menyertai Joomla Day Malaysia ini selepas ditaja oleh myHarapan. Terima kasih myHarapan! Jumpa anda di sana.

Selenggaraan Web Server UiTM Shah Alam

20110624ganguanweb

Merujuk kepada makluman kerja penyelengaraan laman web dari 24hb Jun 2011 - 26hb Jun 2011 ( Jumaat - Ahad ) oleh Unit Web Hosting dan Multimedia, UiTM, maka laman web utama Perpustakaan di url http://library.uitm.edu.my mungkin juga akan terganggu, para pengguna masih boleh mencapai maklumat Perpustakaan melalui laman web Alternatif Perpustakaan melalui server lain seperti berikut:

http://www.ptar.uitm.edu.my - WebOpac
http://koleksi.uitm.edu.my/eqps/ - Past Year Exam Paper
http://ezaccess.library.uitm.edu.my - Online Database
http://ekms.ptar.uitm.edu.my/ - Others
 

 


 


Assalamu'alaikum and Good Day

Y.Bhg Dato'/Prof/Tuan/Puan

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah di maklumkan Unit Web Hosting dan Multimedia akan melaksanakan kerja-kerja penyelanggaraan dan naik taraf beberapa buah server hosting. Sehubung dengan itu semua tapak hosting dan laman sesawang (web) UiTM tidak boleh di akses pada masa itu secara berperingkat, kecuali laman sesawang Utama UiTM. Kerja-kerja selenggaraan dan naik taraf server akan bermula pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24hb Jun 2011 - 26hb Jun 2011 ( Jumaat - Ahad )
Masa : 10.30 pagi - ( sehingga hari Ahad 5.00 petang )

Segala kesulitan amat di kesali.

Sekian, terima kasih.

Rahim Utah
Ketua Unit Web Hosting dan Multimedia.

 

Wednesday, June 22, 2011

Photo: A-LIEP Pre-Conference Workshops 1:RSS Feeds and Web 2.0

Asia-Pacific Conference on Library & Information Education and Practice (A-LIEP)

Workshop 1:  RSS Feeds and Web 2.0 for Current Awareness Services and Professional Self-Development
21 June 2011, Pre-conference A-LIEP 2011
Venue: IT Centre, PTAR 1, Shah Alam 
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2011/06/pre-conference-liep-2011-workshop-1-rss.html

  



Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/