Wednesday, August 24, 2011

Hari Huffaz Selangor Kali ke-5

Masjid_negeri-selangor-banner

SHAH ALAM 22 Ogos - Sepanjang 20 dan 21 Ogos 2011 telah berlangsung Hari Huffaz Selangor bertempat di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS). Program ini merupakan program anjuran bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran, Jawatankuasa Tahfiz Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, MSSAAS dan JPM.

Sepanjang Hari Huffaz ini, seramai lebih 300 orang pelajar-pelajar tahfiz dari seluruh negeri Selangor telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara hafazan. Majlis Perasmian Penutup Hari Huffaz Selangor telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali sebagai wakil kepada Menteri Besar Selangor. Majlis penutup diadakan hari Ahad, 21 Ogos 2011 jam 5.15 petang hingga 6.45 petang. Antara kehormat yang hadir termasuklah Prof. Madya Dato’ Dr Halim b. Tamuri (Pengerusi Jawakankuasa Tahfiz Negeri Selangor), S.F. Tuan Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri (Imam besar MSSAAS) dan lain-lain tetamu kehormat.

20110820-huffazselangor
Majlis penutup telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abdul Karim Omar, Pegawai Hal Ehwal Islam MSSAAS diikuti dengan ucapan perasmian Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali. Kemudian, Majlis telah disusuli dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada Tokoh Huffaz Negeri Selangor, Tokoh Pendidik, Tokoh Pendokong Mahad Tahfiz dan juga Anugerah Khidmat Cemerlang. Imam Besar MSSAAS telah menerima anugerah Tokoh Huffaz Negeri Selangor dalam majlis pada kali ini.

Acara lain yang turut diadakan dalam majlis ini termasuklah penyampaian sijil-sijil kepada pelajar-pelajar tahfiz dan penyampaian cenderahati kepada penaja majlis. Selepas sahaja doa penutup, majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar tahfiz telah diadakan sebelum majlis bersurai.

20110820-huffazselangor2
via http://www.mssaas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=196:hari-huffaz-selangor-kali-ke-5&catid=43:berita&Itemid=85

1 comments:

ushaservicesonline@gmail.com said...

Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans at low interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats-app +918256953815
ushaservicesonline@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.

1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………

Thanks and Best Regards.
ushaservicesonline@gmail.com
+918256953815

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/