Tuesday, March 01, 2011

Istiharkan Cukai Pendapatan:LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)  memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Individu dan Majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011. Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.

Sehubungan dengan itu, LHDNM menyeru semua pembayar cukai supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir (30 April 2011) bagi mengelakkan kesesakan talian. Baki cukai pendapatan yang perlu dibayar (jika ada) hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang nyata bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.

LHDNM juga ingin mengingatkan semua Pembayar Cukai agar mengemukakan maklumat yang tepat dan mengistiharkan cukai pendapatan mereka dengan betul. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang dituntut dalam mengira cukai pendapatan, hendaklah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan auditan oleh LHDNM.
LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan penyiasatan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan tersebut akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap Pembayar Cukai.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian, boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my.

NOTA KAKI: Buat pembayar cukai semua, mulakan langkah awal anda dengan membayar sekarang dan jangan tunggu hingga ke saat akhir tarikh pembayaran.Ini dapat mengelakkan kesesakan di pusat pembayaran mahupun di talian e-Filing apabila tiba tarikh tutup pada 30 April 2011 nanti. Selamat membayar cukai.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/