Wednesday, December 29, 2010

Video Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2010 ( Malaysia VS Indonesia)


Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2010 ( Malaysia VS Indonesia) di Stadium Gelora Bungkarno di Jakarta : Indonesia 2 - Malaysia 1


Alhamdullilah.. Tahniah buat Pasukan Harimau Malaya Malaysia. Akhirnya sejarah bola sepak tanah air tercipta dangan Malaysia berjaya dengan agregat 4-2.  
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad 26 Disember 2010: Malaysia 3 -  Indonesia 0
Stadium Gelora Bungkarno, Jakarta , Rabu 30 Disember 2010: Malaysia 1 -  Indonesia 2

Pasukan kebangsaan Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama dan menjadi pasukan keempat selepas Thailand, Singapura dan Vietnam dalam aksi penuh dramatik dan mendebarkan di Stadium Gelora Bungkarno di Jakarta.

Malaysia yang berjersi serba biru terpaksa berhadapan dengan sorakan ribuan penonton fanatik pasukan Sang Garuda.Pasukan Indonesia bermula garang dengan menyerang bertubi-tubi ke arah kubu pasukan Malaysia dan hampir berjaya mendapat gol pendahuluan melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Malaysia namun penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan sepakan penalti kapten pasukan Indonesia Firman Utina.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0. Separuh masa kedua pasukan Sang Garuda meneruskan asakan demi asakan sehingga terleka seketika dan akhirnya serangan counter attack dari pasukan Malaysia berjaya membuahkan hasil.Hasil hantaran yang menarik oleh penjaring terbanyak Liga Super Mohd Ashaari Samsudin dan berjaya disudahkan dengan bergaya oleh penyerang Safee Sali.Namun Sang Garuda tidak berputus asa.Mereka melakukan asakan demi asakan dan akhirnya berjaya memperoleh dua gol melalui  Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88) namun sudah terlambat untuk mereka.

Sang Garuda rebah di tangan Harimau Malaya dengan agregat 4-2





Senarai Hero-Hero Negara

Ketua Jurulatih: K. Rajagobal
Penolong Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Faozi Mukhlas

Pemain:

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Sharbinee Allawee (Terengganu)

Pertahanan
3. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
4. Mohd Razman Roslan (Selangor)
5. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
6. Khairul Helmi Johari (Kedah)
7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)

8. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
9. Mohd Asrarudin Putra (Selangor)
10. Mohd Faizal Mohammad (Harimau Muda)

Tengah
11. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
12. Amar Rohidan (Perlis)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Kunanlan Subramaniam (Negri Sembilan)
15. Mohd Ashaari Samsudin (Terengganu)

16. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
17. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
18. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)

Penyerang
19. Safee Sali (Selangor)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda
22. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/