Wednesday, November 24, 2010

Makluman Penting Konvokesyen UiTM Ke 73 November 2010


MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-73 NOVEMBER 2010

MAKLUMAT TERKINI


Untuk makluman semua graduan, kami telah membuka menu untuk Pengesahan Kehadiran, Semakan Denda dan Cetakan Borang Jubah. Sila sahkan Kehadiran, Semak Denda, dan Cetak Borang Jubah anda di Menu Pelajar sebagai persediaan sebelum hadir untuk mengambil jubah.




*Sila beri perhatian kepada Sidang dan No Giliran anda.




KONVOKESYEN SHAH ALAM DAN 4 KAMPUS CAWANGAN


Istiadat Konvokesyen  berlangsung dari 25 November hingga 6 Disember 2010 di UiTM Shah Alam dan empat kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak. Istiadat Konvokesyen Ke-73 ini juga akan berlangsung secara serentak di kampus Induk Shah Alam dan juga empat kampus tersebut mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.


Bagi graduan yang menuntut di kampus cawangan iaitu UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak serta Kolej-Kolej Bersekutu di empat negeri tersebut dimaklumkan anda akan bergraduasi di empat kampus cawangan yang telah dinyatakan. Manakala graduan yang menuntut di negeri selain yang dinyatakan diatas, anda akan bergraduasi di Kampus Induk Shah Alam.


Sebarang Maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen. Harap maklum.



0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/