Thursday, October 01, 2009

PORTAL ruumz (social network) Malaysia Product

Hari ini joint Portal Komuniti Baru buatan anak tempatan Malaysia


http://faizar.ruumz.com/
http://www.ruumz.com/
http://m.ruumz.com/

PORTAL ruumz (social network) Malaysia Product


ruumz team;
Level 7,
PacketHUB, 159, Jalan Templer, 46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia










Cara mobiliti ruumz
Laman sosial tempatan, ruumz kini menjadikan pengalaman pelayaran web mudah alih generasi baru suatu realiti.

------------------------------------------------------------------------------------


PORTAL rangkaian sosial tempatan, ruumz, semakin mengorak langkah dengan pelancaran satu lagi perkhidmatan inovatifnya. Ia membuktikan bahawa laman tempatan ini mampu berdiri setanding dengan laman sosial antarabangsa seperti Facebook, Friendster dan Myspace.

Kali ini, ia direka khusus untuk telefon mudah alih dengan membangunkan sebuah portal mudah alih sehenti. Ia bukan sahaja mempamerkan ciri-ciri utama dan tersendiri laman itu tetapi juga mengetengahkan aplikasi jaringan awam percuma selain senarai laman mudah alih terbaik untuk warga Malaysia.

Dilancarkan Ogos lalu, http://m.ruumz.com/ direka untuk pelbagai jenis telefon bimbit dan pelayar mudah alih, termasuk Safari iPhone, Opera Mini, pelayar yang boleh didapati dalam telefon bimbit Sony Ericsson, Nokia serta telefon popular yang lain.

"Laman mudah alih ini menawarkan perkhidmatan dan aplikasi bermanfaat, menarik dan menghiburkan untuk hampir semua orang yang memiliki telefon mudah alih berkeupayaan Internet," kata James Chong, Ketua Eksekutif ruumzNation.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan m.ruumz.com laman mudah alih generasi baru di Malaysia. Ia bukan hanya menawarkan kandungan berguna dan relevan malah memberikan pengalaman pengguna terbaik masa kini bagi telefon dan peralatan mudah alih," tambahnya.

Antara aplikasi yang bebas digunakan oleh orang awam di m.ruumz.com ialah aplikasi wayang mudah alih yang paling komprehensif masa kini. Ia lengkap dengan siaran filem di pawagam terkini, waktu-waktu tayangan, sinopsis serta carian berasaskan filem dan panggung wayang.

Antara aplikasi paling popular di m.ruumz.com sekarang ialah Malaysian Film-Makers' Showcase 15Malaysia oleh P1, atau singkatannya P1MFS. m.ruumz.com satu-satunya laman mudah alih di mana pengguna boleh menonton kesemua sedutan 15Malaysia, filem penuh, biografi pengarah dan menganggotai kumpulan 15Malaysia - semuanya melalui telefon mudah alih mereka.

Satu lagi aplikasi yang mendapat sambutan hangat adalah aplikasi waktu solat yang turut mempamerkan waktu berbuka puasa dan sahur bagi setiap negeri dan zon di Malaysia ketika bulan Ramadan.

Bagi peminat muzik, terdapat sepuluh saluran radio dalam talian percuma ruumz.FM, merangkumi Bling! Show yang dihoskan oleh Ross dan Fly Guy serta siaran lagu-lagu bahasa Inggeris, Cina dan Melayu yang popular.

Ahli ruumz (ruumzsters) boleh mengakses pelbagai ciri lain di m.ruumz.com. Antaranya mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka di ruumz (ruumates), menghantar mesej terus, melihat blog dan gambar-gambar, berbual dengan ruumzsters lain dan bermacam-macam lagi.

m.ruumz.com juga merupakan laman mudah alih generasi baru pertama yang melancarkan program pemaju aplikasi mudah alih. Dengannya, pemaju pihak ketiga bebas membangunkan aplikasi untuk m.ruumz.com dan menghoskannya secara percuma. Para pemaju juga akan berupaya memperoleh pulangan melalui Kedai Aplikasi m.ruumz.com di masa akan datang. Ia membolehkan aplikasi mudah alih dan kandungan dibeli menggunakan mata wang maya ruumz yang digelar Blings!.

"Semasa kami mereka bentuk m.ruumz.com, kami sentiasa mengingati bahawa perkara paling penting ialah antara muka dan pengalaman pengguna. Selain itu ialah kandungan dan perkhidmatan yang akan menarik minat serta berguna kepada majoriti pengguna telefon mudah alih.

"Kami mahukan laman mudah alih yang kami sendiri, iaitu pasukan ruumz, ingin gunakan setiap hari," kata James sebagai penutup.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan m.ruumz.com satu mercu laman kegemaran dalam semua telefon mudah alih di Malaysia, dan ini hanyalah langkah pertama."

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_05.htm




http://faizar.ruumz.com/

My other Social Network to explore

http://faizar.wayn.com
http://faizar.weebly.com
http://twitter.com/faizar
http://ideashare.my/faizar
http://www.freewebs.com/faizar

http://www.pagii.com/faizar

http://www.shelfari.com/faizar

http://www.facebook.com/ahmadfaizar

http://faizar.spaces.live.com/


http://asia.cnet.com/member/faizar/blog/



http://socialmediatoday.com/blog/faizar


http://danaumas.ning.com/


http://library20.ning.com/profile/faizar


http://mypopulartech.ning.com/


http://www.flickr.com/photos/ahmad_faizar/



http://community.webshots.com/user/faizar



http://community.webshots.com/user/mymalaysia



http://www.worldisround.com/home/faizar/


http://faizar.myphotoalbum.com/

http://sahabat.kl.fm/mymalaysia

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/